Mengikuti jejak Anregurutta Abdul Malik Muhammad Tahun ini Salah satu santri As’adiyah KM. Musdawai Mujahid yang merupakan lulusan Ma’had Aly sekaligus alumni Tahfidz Qur’an Masjid Jami As’adiyah membawa kebanggan tersendiri bagi nama Pondok Pesantren As’adiyah. ditugaskan selama satu bulan penuh di Jiran Malaysia sebagai imam tarwih sekaligus sebagai muballigh.  Tidak ketinggalan Raja Muda Perlis, Para Datuk, dan segenap himpunan dai dan ulama yang tergabung dalam group Warasatul Anbiyaa Malaysia, “bangga kepada Pondok Pesantren As’adiyah Sengkang”

Dan berikut kutipan yang kami terima melalui Wa dari salah satu himpunan dai dan Ulama di Malaysia :

Salam Keislaman dari bumi tawau negeri jiran malyasia di bawah bayu. Alhamdulillah bulan suci ramadhan sudah sampai ke penghujungnya semoga segala amal ibadah kita mendapat ganjaran pahala yang sebesar besarnya dan di terima di sisiNya… selama sebulan ramadhan pihak telah menerima kehadiran seorang kiyai muda yg sungguh luar biasa orangnya.. iaitu tuan guru kiyai muda ustaz musdawi b yasin alhafiz dari pondok pesantren as’sadiyah sengkang sulawesi selatan.

Kedatangan beliau ke bumi tawau sangat sangat memberi kesan yang sangat mendalam bagi hampir seluruh warga tawau kerana ramai di kalangan masjid yang menerima kedatangannya dalam memberikan tazkirah dan sekaligus mengimami solat fardhu dan solat sunnat teraweh, merasa sangat terkesan dan tertarik.

Beliau telah membuka minda dan tanggapan masyarakat d tawau bahawa kiyai kiyai yang d hantar ke bumi tawau sangat bermanfaat dan banyak memberikan ilmu yang berguna… saya bagi pihak presiden warasatul anbiya ingin menyampaikan kepada pihak pondok bahwa kiyai muda ustaz musdawi telah memberi satu fenomena baru sehingga masyarakat inginkan beliau untuk datang kembali ke bumi tawau untuk tahun hadapan bagi mengisi pengajian di bulan suci ramadahan… mereka semua sangat berharap agar pak kiyai sudi datang lagi…